Resistor jenis karbon dan filem logam mempunyai kod warna untuk pengenalan nilainya. Ia adalah sejenis komponen pasif yang banyak terdapat di dalam alat-alat seperti radio, kaset, televisyen, kamera video, siren dan sebagainya. Terdapat 4 dan 5 jalur warna yang mempunyai nilai-nilai tersendiri dan hasil gabungan warna-warna tersebut adalah nilai Resistor sebenar. Dalam sistem ini warna adalah dalam bentuk jalur pada badan Resistor. Bacaannya diambil dari hujung ke bahagian tengah. Pada hujung Resistor memberikan digit pertama, jalur kedua ialah digit kedua, jalur ketiga ialah pendarab dan jalur keempat ialah had terima (tolerance).
No comments:
Post a Comment