Pages

Tuesday, November 9, 2010

Bahagian-Bahagian Utama Multimeter

Skala bacaan


Menunjukkan skala bacaan yang akan diukur iaitu pengukuran voltan arus terus, voltan arus ulang alik, arus elektrik dan nilai rintangan.

Julat pemilih

Julat pemilih adalah satu tombol di mana tempat untuk memilih unit sukatan yang dikehendaki.

        Terminal keluaran

 Pada sesebuah multimeter mempunyai 2 keluaran iaitu terminal positif dan negatif di mana ianya akan di sambungkan pada litar atau kaki komponen yang akan disukat.  Ia adalah sebagai punca untuk menyukat sesuatu kuantiti atau nilai.

         Pelaras  0 ohm

Merupakan satu tombol yang membolehkan pelarasan dibuat untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan jarum penunjuk akan berada tepat pada kedudukan 0 sebelum sesuatu pengukuran dilakukan. Kedudukan 0 ini bermaksud 0 pada bahagian  sebelah  kanan  skala bacaan.  Pelarasan 0 ohm ini mesti dilakukan setiap kali julat pemilih menukar unit sukatan ohm pada julat pemilih. 


 Pelarasan sifar

Ianya untuk memastikan kedudukan berada betul-betul pada kedudukan 0 iaitu pada keadaan asal untuk mendapatkan bacaan yang tepat.  Kedudukan 0 ini bermaksud 0 pada bahagian sebelah kiri skala bacaan.

No comments:

Post a Comment