Pages

Sunday, November 21, 2010

Central Processing Unit (CPU)

CPU adalah terbahagi kepada DUA bahagian utama iaitu
1.     Processor
2.     Memory.
CPU sentiasa berhubung dengan sistem memori bagi menterjemahkan dan melaksanakan aplikasi bagi mengawal sesebuah mesin ataupun proses.

1.     PROCESSOR                 
Kebolehan sesebah PLC adalah bergantung kepada kebijaksanaan processor berfungsi. Processor mebolehkan PLC berfungsi didalam operasi matematik, data handling dan kebolehan mengenalpasti kerosakan dimana ianya tidak boleh dilakukan oleh relay atau sistem konvensional. Prinsip asas bagi prpcessor ialah mengarahkan dan mentadbir bagi keseluruhan sistem. Ini boleh dilakukan dengan menteremah dan melaksanakan sesebuah program sistem. Proses ini dinamakan Executive.

2.     MEMORY
- Memory adalah bahagian PLC dimana segala program ditulis dan disimpan tanpa hilang dan boleh diambil pada bila-bila masa diperlukan. Memory itu juga mesti dtulis dan dipadam apabila hendak diubahsuai pada program tersebut. Oleh itu segala ubahsuai hasil kerja atau proses hanya dibuat pada memmory PLC tanpa perlu diubahsuai komponen lain atau membuat sambungan wayar antara sistem input dan output.
- Memory PLC terdapat 3 jenis iaitu:
a)     RAM – Random Access Memory
b)    EPROM- Erasable Programmable Read-Only memory
c)     EEPROM- Electrically Erasable Programmable Read Only Memory

RAM- Random Access Memory


RAM ialah dimana program ditulis dan boleh dibaca. Program tersebut boleh diubahsuai jika perlu mengikut kehendak proses. Satu perkara yang tidak baik tentang RAM ialah jika berlaku kuasa elektrik terputus segala data program yang sedang dibuat ketika itu akan hilang atau terpadam juga. Oleh itu untuk mengelak terjadinya perkara tersebut adalah dengan menyediakan backup-battery atau accumulator.

EPROM- Erasable Programmable Read-only memory

 

EPROM digunakan untuk menulis dan menyimpan program.Berbeza dengan RAM dimana EPROM data memorinya tidak akan hilang jika berlaku tenaga elektrik putus.EPROM boleh diprogram semula jika segala program yang ada dipadam dengan menggunakan ultra-violet (uv) light source. EPROM boleh diklasifikasikan sebagai semi-permanent storage device. Kebanyakkan pembuat peralatan tulie (OEM) menggunakan jenis memori EPROM, ini adalah kerana EPROM membolehkan data disimpan secara kekal didalam mesin setelah ianya dipastikan berfungsi dan mesin yang dihasilkan tidak memerlukan pengubahsuaian.

EEPROM- Electrically Erasable Programmable Rom


EEPROM adalah jenis IC yang diperkenalkan pada pertengahan 1970 yang merupakan tempat simpanan data program yang tetap. Data program boleh dipadam dan diubahsuai secara elektrik dengan alat seperti unit program manual. Secara praktisnya RAM biasa digunakan sewaktu fasa programming dan penjayaan sesebuah mesin. Selepas siap fasa yang tersebut diatas barulah data program dipindah ke EPROM.

No comments:

Post a Comment