Pages

Sunday, November 21, 2010

PLC Modul Unit

PLC modul output mempunyai 7 bahagian utama di dalam litar elektronik dibandingkan dengan modul input. Modul Output menghasilkan isyarat daripada CPU dan penyambungan wayar kepada peranti keluaran kawalan pengguna.

Elektronik antaramuka (Interface/multiplex electronics).
Litar elektronik yang membekalkan “gambar” berkelajuan tinggi daripada tindakan dan keputusan pemprosesan.

Isyarat selak (Signal latch)
Litar elektronik untuk “cengkam & pegang gambar” daripada perantararmuka elektronik (Interface/multiplex electronics).

Pengasing elektrik (electrical isolation)
Pengasing elektrik adalah kawasan isyarat daripada isyarat pemprosesan

Penukaran kuasa keluaran (output power conversion)
Memindahkan isyarat logik kuasa-rendah daripada pemprosesan kepada kecekapan aras kuasa yang tinggi daripada peranti keluaran pelbagai operasi.

Penamatan modul input/output (i/o module terminations)
Bersambungan diantara peranti sebenar dan sistem kawalan PLC

Kawasan Peranti keluaran (field output devices)
Peranti elektromekanikal dimana merupakan “otot & pertuturan” sistem kawalan PLC.

Central Processing Unit (CPU)

CPU adalah terbahagi kepada DUA bahagian utama iaitu
1.     Processor
2.     Memory.
CPU sentiasa berhubung dengan sistem memori bagi menterjemahkan dan melaksanakan aplikasi bagi mengawal sesebuah mesin ataupun proses.

1.     PROCESSOR                 
Kebolehan sesebah PLC adalah bergantung kepada kebijaksanaan processor berfungsi. Processor mebolehkan PLC berfungsi didalam operasi matematik, data handling dan kebolehan mengenalpasti kerosakan dimana ianya tidak boleh dilakukan oleh relay atau sistem konvensional. Prinsip asas bagi prpcessor ialah mengarahkan dan mentadbir bagi keseluruhan sistem. Ini boleh dilakukan dengan menteremah dan melaksanakan sesebuah program sistem. Proses ini dinamakan Executive.

2.     MEMORY
- Memory adalah bahagian PLC dimana segala program ditulis dan disimpan tanpa hilang dan boleh diambil pada bila-bila masa diperlukan. Memory itu juga mesti dtulis dan dipadam apabila hendak diubahsuai pada program tersebut. Oleh itu segala ubahsuai hasil kerja atau proses hanya dibuat pada memmory PLC tanpa perlu diubahsuai komponen lain atau membuat sambungan wayar antara sistem input dan output.
- Memory PLC terdapat 3 jenis iaitu:
a)     RAM – Random Access Memory
b)    EPROM- Erasable Programmable Read-Only memory
c)     EEPROM- Electrically Erasable Programmable Read Only Memory

RAM- Random Access Memory


RAM ialah dimana program ditulis dan boleh dibaca. Program tersebut boleh diubahsuai jika perlu mengikut kehendak proses. Satu perkara yang tidak baik tentang RAM ialah jika berlaku kuasa elektrik terputus segala data program yang sedang dibuat ketika itu akan hilang atau terpadam juga. Oleh itu untuk mengelak terjadinya perkara tersebut adalah dengan menyediakan backup-battery atau accumulator.

EPROM- Erasable Programmable Read-only memory

 

EPROM digunakan untuk menulis dan menyimpan program.Berbeza dengan RAM dimana EPROM data memorinya tidak akan hilang jika berlaku tenaga elektrik putus.EPROM boleh diprogram semula jika segala program yang ada dipadam dengan menggunakan ultra-violet (uv) light source. EPROM boleh diklasifikasikan sebagai semi-permanent storage device. Kebanyakkan pembuat peralatan tulie (OEM) menggunakan jenis memori EPROM, ini adalah kerana EPROM membolehkan data disimpan secara kekal didalam mesin setelah ianya dipastikan berfungsi dan mesin yang dihasilkan tidak memerlukan pengubahsuaian.

EEPROM- Electrically Erasable Programmable Rom


EEPROM adalah jenis IC yang diperkenalkan pada pertengahan 1970 yang merupakan tempat simpanan data program yang tetap. Data program boleh dipadam dan diubahsuai secara elektrik dengan alat seperti unit program manual. Secara praktisnya RAM biasa digunakan sewaktu fasa programming dan penjayaan sesebuah mesin. Selepas siap fasa yang tersebut diatas barulah data program dipindah ke EPROM.

Tuesday, November 9, 2010

Kod Jalur Warna Resistor

Resistor jenis karbon dan filem logam mempunyai kod warna untuk pengenalan nilainya. Ia adalah sejenis komponen pasif yang banyak terdapat di dalam alat-alat seperti radio, kaset, televisyen, kamera video, siren dan sebagainya. Terdapat 4 dan 5 jalur warna yang mempunyai nilai-nilai tersendiri dan hasil gabungan warna-warna tersebut adalah nilai Resistor sebenar.  Dalam sistem ini warna adalah dalam bentuk jalur pada badan Resistor. Bacaannya diambil dari hujung ke bahagian tengah. Pada hujung Resistor memberikan digit pertama, jalur kedua ialah digit kedua, jalur ketiga ialah pendarab dan jalur keempat ialah had terima (tolerance).






Bahagian-Bahagian Utama Multimeter

Skala bacaan


Menunjukkan skala bacaan yang akan diukur iaitu pengukuran voltan arus terus, voltan arus ulang alik, arus elektrik dan nilai rintangan.

Julat pemilih

Julat pemilih adalah satu tombol di mana tempat untuk memilih unit sukatan yang dikehendaki.

        Terminal keluaran

 Pada sesebuah multimeter mempunyai 2 keluaran iaitu terminal positif dan negatif di mana ianya akan di sambungkan pada litar atau kaki komponen yang akan disukat.  Ia adalah sebagai punca untuk menyukat sesuatu kuantiti atau nilai.

         Pelaras  0 ohm

Merupakan satu tombol yang membolehkan pelarasan dibuat untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan jarum penunjuk akan berada tepat pada kedudukan 0 sebelum sesuatu pengukuran dilakukan. Kedudukan 0 ini bermaksud 0 pada bahagian  sebelah  kanan  skala bacaan.  Pelarasan 0 ohm ini mesti dilakukan setiap kali julat pemilih menukar unit sukatan ohm pada julat pemilih. 


 Pelarasan sifar

Ianya untuk memastikan kedudukan berada betul-betul pada kedudukan 0 iaitu pada keadaan asal untuk mendapatkan bacaan yang tepat.  Kedudukan 0 ini bermaksud 0 pada bahagian sebelah kiri skala bacaan.

Jenis-Jenis Multimeter

Jenis analog

Jenis ini adalah banyak sekali digunakan tetapi bacaan yang diperolehi kurang tepat kerana ianya adalah bergantung kepada kemahiran seseorang itu mengendalikannya.  Kemahiran dalam menentukan  bacaan dan cara memegang amat penting kerana semua ini akan mempengaruhi bacaan yang diperolehi. Salah satu contoh multimeter analog.

Jenis Digital

Jenis ini adalah amat sesuai digunakan untuk memperolehi bacaan yang tepat kerana ianya dalam bentuk digital atau berdigit yng dipamerkan pada skrin.  Bacaan yang diperolehi adalah setepat bacaan sebenar.  Memandangkan harganya yang lebih mahal, maka penggunaan multimeter jenis ini amat jarang digunakan.  Salah satu contoh multimeter digital.